Korang
dah cukup hebat....? Dah cukup gangster...? Nah.. Aku nak tunjuk kat korang
profil2 penjenayah/gangster paling high class kt dunia.. Tapi, diorg sume ni
perempuan... Eerrkk...!!!!
Judy
Moran (dipenjara 2009-sampai sekarang)
Dengan
pimpinan seorang wanita tidak bererti bahawa organisasi seperti Keluarga Moran
tidak boleh menerajui geng mereka untuk mengubah Melbourne menjadi Dodge City.
Judy Moran, adalah wanita berusia 66 tahun yang memimpin Gengster terbesar di
Melbourne. Dia gelar sebagai “family matriarch”.
Xie
Caiping (dipenjara, 2009-sehingga sekarang)
Hampir
setahun yang lalu, kota Chongqing Cina mengeluarkan tindakan keras terhadap
kejahatan kongsi gelap, sebuah operasi besar-besaran yang menangkap hampir 1500
ahli kongsi gelap, yang semuanya berada dibawah pimpinan Xie Caiping. Sebagai
bos, Caiping menjalankan kasino haram dan bertanggung jawab untuk menjaga semua
kegiatan dibandar itu.
Sandra
Avila Beltran (dipenjara 2007-sehingga sekarang)
Dengan
gelaran seperti “Ratu Pasifik,” Sangat sukar untuk membayangkan Sandra Beltran
seorang lanun laut lantaran wajahnya yang cantik. Disingkatkan cerita, Beltran
lahir dan dibesarkan untuk menjadi “GodMother” Mexico. Bapa saudaranya adalah
ketua kartel penyeludupan dadah Mexico. Dia mendapat gelaran itu kerana dia
adalah penghubung antara kartel Valle del Norte colombia dan kartel Sinaloa,
dan membantu mengembangkan jalan penyeludupan di sepanjang Pantai Pasifik
Mexico. Sandra dipenjara dengan menghadapi tuduhan kejahatan kongsi gelap,
kegiatan wang palsu dan konspirasi menyeludupan dadah.
Rosetta
Cutolo (dipenjara 1993-sehingga sekarang)
Wanita
ini menjadi gangster kerana saudaranya ditangkap polis Itali. Dia meneruskan
bisnes yang diceburi saudaranya itu. Dia menjadi ketua kongsi gelap yang paling
dicari di Itali kerana dia termasuk dalam senarai nama keluarga Raffaele
Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NCO), iaitu gangster yang paling ditakuti di
Itali. Setelah menyerang balai polis Itali pada tahun 1981, dia menghabiskan 10
tahun sebagai pelarian sehingga akhirnya menyerah.
Maria
Licciardi (dipenjara, 2001-sehingga sekarang)
Dari
tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua marga Licciardi, dan “Capo
di Tutti Capi” gangster dari Napoli. Di bawah pimpinannya, keluarga Licciardi
menjadi lebih konsisten, dan lebih menguntungkan dalam segala usaha mereka.
Mungkin sumbangannya yang paling penting, adalah memperkenalkan pelacuran di
Camorra. Padahal sebelum itu, ada beberapa jenis etika yang melarang mafia
mendapatkan wang dari pelacuran. Hal ini nampak bertentangan dengan pemikiran
seorang wanita yang selalunya penghalang pelacuran.
Maria
Leon (dipenjara 2010-sehingga sekarang)
Seorang
ibu 44 tahun dengan 13 anak-anak mungkin didengari tidak terlalu berbahaya.
Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi ketua pengedar ubat bius terbesar
yang menguasai timur laut Los Angles dan Beirut. Dia mengatur bisnesnya pada
waktu yang sama dia memberikan pendidikan untuk anak-anak nya.
Griselda
Blanco (status tidak diketahui sehingga sekarang)
Ketika
berusia 11, dia menculik anak orang kaya yang tinggal bersebelahan dengan
rumahnya dengan harapan mendapatkan wang tebusan. Malangnya, ibubapa anak yang
diculiknya itu menyatakan tidak mahu memberikan wang tebusan menyebabkan dia
menembak tebusan itu.
Setelah
berpindah ke New York dari Colombia pada 70-an dan memulakan kariernya dalam
penyeludupan dadah, Blanco pindah ke Miami untuk mengelak dakwaan keatasnya. Di
sanalah dia menjadikan Miami sebagai ibukota kokain di Amerika Syarikat.
Blanco
dipercayai telah mendalangi lebih dari 200 pembunuhan selama pembabitannya,
termasuk (kemungkinan besar) ketiga suaminya. Pada tahun 1988, ia ditangkap
oleh DEA di California dan menghabiskan 16 tahun penjara. dia Kemudiannya
dibebaskan pada tahun 2004, ia dilaporkan kembali ke Colombia dan tidak pernah
dilihat lagi sejak itu.
No comments:
Post a Comment