Penyakit hepatitis dianggap sebagai penyakit kuning oleh sesetengah masyarakat. Namun sebenarnya istilah itu tidak terlalu tepat kerana penyakit hepatitis tidak menyebabkan kulit atau putih mata (sklera) menjadi kuning. Sebaliknya penyakit kuning juga tidak selalu terjadi disebabkan oleh hepatitis.
Istilah “Hepatitis” dipakai untuk semua jenis penyakit radang pada hati (liver). Terdapat pelbagai faktor penyebab hepatitis, bermula dengan virus sehingga ubat-ubatan, termasuk ubatan tradisional dan alkohol. Virus hepatitis juga ada beberapa jenis iaitu, hepatitis A, hepatitis B, C, D, E, F dan G. Manifestasi penyakit hepatitis akibat virus boleh membawa kepada hepatitis kronik dan ada pula yang kemudian menjadi kanser hati.
Gejala hepatitis menular dengan pelbagai cara sama ada melalui tabiat pemakanan yang tidak baik, pengambilan dadah berlebihan, dan tabiat seks yang tidak sihat. Penyakit ini boleh dijangkiti melalui amalan seharian seperti penggunaan peralatan yang digunakan oleh pesakit dan melalui perkahwinan di mana virus diturunkan kepada anak di dalam kandungan.
Antara tanda-tanda atau gejala hepatitis adalah seperti rasa sakit pada bahagian perut, kulit dan mata berwarna kuning dan berlaku pembengkakan atau pembesaran hati yang kadangkala disertai dengan demam. Terdapat juga pelbagai kaedah rawatan yang boleh digunakan untuk merawat penyakit hepatitis. Kebanyakan kaedah yang digunakan lebih kurang sama dengan kaedah untuk merawat kanser. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyakit ini, anda boleh mendapatkan maklumat dari laman-laman yang berkaitan atau artikel akan datang di sini... :)
No comments:
Post a Comment