Sejak kebelakangan ini ramai masyarakat Melayu mengamalkan memakai inai di jari(pengantin lelaki) tanpa rasa bersalah sedangkan dalam Islam melarang lelaki memakai inai atau sebarang pewarna pada jari. Inai ialah perhiasan untuk wanita sahaja tetapi semakin hari semakin ramai pengantin lelaki memakai inai. Mungkin masih ramai yang tidak tahu hukum yang telah disyariatkan di dalam Islam.
Islam cukup sempurna jadi kenapa kita melanggar syariat yang telah ditetapkan dalam Islam. Semoga semua yang membaca entri ini tahu akan hukum lelaki memakai inai. Hukumnya adalah haram!!! Sama-sama kita ingat mengingati sesama Islam semoga mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.
Hukum memakai inai bagi wanita
Menurut ulamak Mazhab Maliki dan Syafi’ei, wanita yang bersuami disunatkan memakai inai pada setiap masa kerana inai merupakan perhiasan dan kecantikan. Wanita yang bersuami sunat berhias untuk suami sepanjang masa.
Wanita yang tidak bersuami, ulamak mazhab Maliki berpendapat harus, manakala ulamak mazhab Syafi’ei berpendapat makruh kerana dibimbangi berlaku fitnah ke atas diri wanita itu dan orang lain.
Walaubagaimanapun, wanita yang hendak berihram haji atau umrah disunatkan memakai inai mengikut pendapat semua mazhab sama ada yang bersuami atau tidak.
Selain memakai inai di tangan, iaitu dari hujung jari hingga ke pergelangan, wanita juga harus memakai inai di tapak kaki mereka hingga ke buku lali khususnya wanita yang bersuami.
Hukum memakai inai bagi lelaki
Fuqahak semua mazhab berpendapat haram bagi lelaki memakai inai di tangan atau di kaki kerana inai merupakan perhiasan bagi wanita. Lelaki tidak harus meniru wanita sama ada pakaian atau perhiasan sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud:
“Allah laknat lelaki yang menyerupai atau meniru wanita dan wanita yang menyerupai atau meniru lelaki.”
Antara kata-kata fuqahak dalam masalah ini:
1. “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan bagi wanita yang bersuami kerana terdapat Hadis-hadis yang masyhur mengenainya. Dan perbuatan itu haram bagi lelaki kecuali kerana keperluan seperti berubat dan sebagainya…” Imam an-Nawawi di dalam kitab ‘Al-Majmuk”
2. “Dan tidak harus menginaikan dua tangan kanak-kanak lelaki dan dua kakinya kecuali kerana ada keperluan untuk berbuat demikian, tetapi harus bagi wanita…” Al-Fatawa al-Hindiyyah. Dinyatakan di dalam fatwa tersebut tidak harus diinaikan tangan dan kaki kanak-kanak lelaki. Maka lelaki dewasa lebih-lebih lagi.
3. “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan untuk wanita dan diharamkan untuk lelaki kecuali untuk berubat…” ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud.
Kesimpulannya, inai adalah perhiasan wanita. Hukum memakainya adalah harus, sunat dan dalam keadaan tertentu makruh, iaitu bagi wanita yang tidak bersuami menurut pendapat fuqahak mazhab Syafi’ei. Bagi lelaki adalah haram kecuali dalam keadaan terpaksa seperti untuk berubat dan sebagainya.
Justeru, adat lelaki memakai inai ketika aqad nikah dan walimah adalah tidak selari dengan ajaran Islam dan mesti dihentikan.
VIDEO USTAZ AZHAR: PENJELASAN HUKUM LELAKI MEMAKAI INAI DI JARI
Selamat pengantin baru kepada kawan² aku yang bakal berumahtangga... :)
No comments:
Post a Comment