Penyakit Hepatitis C berlaku akibat daripada infeksi virus Hepatitis C. Penyakit ini menular melalui darah pesakit dan biasanya ia tidak menimbulkan sebarang gejala. Antara mereka yang berisiko untuk mendapat penyakit ini adalah :
- Penerima darah dan organ daripada penderita penyakit hepatitis.
- Penderita penyakit buah pinggang yang melalui proses hemodialisis.
- Penderita penyakit hati.
Penyakit Hepatitis C ini boleh dielakkan daripada terus menular di kalangan orang ramai. Antara langkah pencegahan yang boleh diamalkan oleh orang ramai ialah :
- Menjaga kebersihan diri dan juga persekitaran.
- Melakukan ujian Hepatitis C apabila menderma darah.
- Elak daripada menggunakan alat suntikan yang tidak disteril.
- Hindari hubungan intim dengan orang yang tidak diketahui latar belakangnya.
- Elak berkongsi barangan peribadi seperti sikat, berus gigi, pisau cukur dan sebagainya.
- Lakukan general check-up yang lengkap setiap tahun.
Rawatan untuk penyakit Heptitis C boleh dilakukan dengan menggunakan interferon dan juga Ribavirin. Interferon digunakan paling singkat dalam masa 6 bulan hingga 1 tahun untuk mematikan virus. Ia mula digunakan pada tahun 1986. Masalah timbul kerana interferon menimbulkan kesan sampingan seperti lemah, sakit otot, demam, kurang selera makan, gangguan konsentrasi dan sukar tidur. Di samping itu terdapat juga masalah dari segi respon yang diberikan oleh pesakit. Meskipun virus telah menjadi negatif, ia boleh kembali positif beberapa bulan kemudian.
Ribavirin (Rebetol) pula memiliki sifat antivirus termasuk terhadap HCV dan digunakan secara oral (minum). Hasil kombinasi interferon (INTRON A) dan Ribavirin memberikan kesan yang cukup memberangsangkan. Peluang untuk membuang virus ini adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi berbanding menggunakan interferon sahaja.
No comments:
Post a Comment