Penerbit filem yang tidak asing lagi, Ahmad Idham Nadzri menganggap penayangan filem tempatan menerusi saluran Astro First akan merosakkan industri perfileman tempatan dengan lebih mudah. Beliau berpendapat, berdasarkan 2 buah filemnya, Hantu Bonceng dan Senjakala yang telah disiarkan di saluran tersebut, nilai eksklusif sesebuah filem akan terus merudum selain bilangan penonton di panggung wayang akan berkurang dari semasa ke semasa.
“Saya percaya setiap stesen televisyen mempunyai matlamat masing² dalam memuaskan hatu penonton mereka. Tetapi berdasarkan pandangan saya, industri filem tempatan akan hancur pada masa hadapan kerana masyarakat tidak akan berminat untuk menonton wayang selepas 2 minggu tayangannya kerana dengan mudah mereka boleh menonton filem di Astro First. Bukan itu sahaja, industri cetak rompak juga akan lebih ligat merakam filem² yang disiarkan dengan mudah. Sebab itu kita dapati karya² tempatan dengan cepat berada di laman Youtube, ” tegasnya yang ditemui pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara stesen TV3 dan syarikatnya, Excellent Pictures di Hotel One World, di sini, Khamis.
Justeru itu, Ahmad Adham mengambil langkah untuk kembali ke ‘konsep lama’ di mana filem² terbitannya hanya boleh disiarkan di stesen televisyen selepas beberapa bulan tamat tayangannya di panggung. Dan selepas membuat perbincangan bersama, Excellent Pictures akan bertindak sebagai pembekal eksklusif kesemua filem terbitan produksi tersebut untuk TV3 selama 2 tahun. “Dengan cara ini, sekurang²nya penonton di panggung tidak akan berasa rugi selain filem² tempatan kita akan menjadi lebih eksklusif,”ujarnya.
No comments:
Post a Comment