Assalamualaikum....
Saya adalah salah seorang peminat Oh!Media dan Oh!Islam di Facebook. Apa yang saya alami baru-baru ini menyebabkan saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan umat islam lain. Saya amat berharap Oh Islam menyiarkan pengalaman saya ini supaya menjadi peringatan kepada umat islam lain yang mungkin akan berada dalam situasi yang sama.
Baru-baru ini Saya dan telah pergi bercuti di salah sebuah negeri yang menjadi tumpuan perlancongan di utara semenanjung. Kami menginap di salah sebuah hotel bajet untuk berjimat. Saya dan suami menunaikan solat dengan berpandukan pelekat arah kiblat yang ada di syiling bilik hotel itu. Namun begitu, hati saya berasa agak ragu-ragu kerana berdasarkan peta jalan yang saya gunakan, arah itu seperti tidak sesuai dengan faktor geografi. Tapi saya dan suami tetap mengikut arah yang ditunjukkan itu dengan beranggapan mungkin ia disebabkan oleh faktor jalan yang berbelok-belok semasa kami datang tadi.
Pada hari terakir, saya telah menjenguk ke dalam bilik hotel yang lain untuk memuaskan hati, betapa kecewanya hati saya apabila mendapati arah kiblat yang ada di dalam bilik-bilik lain menunjukkan ke arah yang berlainan. Nampaknya pihak pengurusan hotel tidak peka dengan perkara ini dan menganggap penunjuk arah kiblat hanyalah perhiasan. Mungkin pemiliknya bukan islam, tetapi pekerja islam di situ juga tidak sedar perkara ini.
Kejadian ini telah menyedarkan saya betapa pentingnya mempunyai kompas arah kiblat, terutama apabila kita bermusafir. Oleh itu, sahabat seislamku semua, berhati-hatilah bila menunaikan solat di dalam bilik hotel. Saya harap kejadian yang menimpa saya ini dapat dijadikan iktibar oleh semua umat islam.
No comments:
Post a Comment