Soalan
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang
perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira
bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak
lelaki?
Jawapan
Makna pinang dari
segi syarak adalah
pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak
perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada
lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada
seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab
perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan
itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia
disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika
hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu
tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar
rombongan meminang untuk lelaki
meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan
hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari
segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan
hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika
Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak
seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah
dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan
hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati
hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan
untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi
tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan
hakikat ini.
No comments:
Post a Comment