Kepada
pasangan kekasih,suami isteri Islam, sebab apa Ulama mengharamkan perayaan
Valentine Day. Nak nbagi bunga,kad, ucapan i love you hari-hari pun boleh buat
bukannya menunggu 14 Feb. Ini adalah kerana asal-usul perayaan valentine day
adalah perayaan orang Kristian. Macam hari-hari istimewa umat Islam contohnya
Hari Israk dan Mikraj- bukan ke untuk orang Islam sahaja. Begitu juga hari
Valentine ni untuk orang Kristian – apa kejadahnya kita nak sambut walau apa
alasan sekalipun.
Kisah
St. Valentine.
Di
kurun yang ke 5 masihi, pihak gereja katholik berhasrat untuk menghapuskan
perayaan kesuburan musyrik yang diraikan oleh orang-orang Rom sejak dari kurun
ke 4 sebelum masihi. Pada bulan Febuari setiap tahun akan diadakan cabutan
bertuah untuk meraikan para remaja lelaki yang memasuki peringkat akil baligh
dihadapan “tuhan” Lupericus. Bagi para remaja perempuan mereka juga akan
mengambil bahagian didalam cabutan bertuah ini, dengan meletakkan nama mereka
didalam sebuah kotak dan nama-nama tersebut akan dicabut secara rambang oleh
para remaja lelaki tadi. Remaja perempuan yang dicabut namanya oleh remaja
lelaki tadi akan dihadiahkan kepadanya. Pasangan sejoli tadi akan keluar dari
tempat penyembahan tersebut sebagai “sepasang suami-isteri”, yang akan
menikmati keseronokan dari hubungan tersebut selama setahun sehingga tiba masa
untuk cabutan bertuah pada tahun yang berikutnya.
Pihak
gereja tidak meredhai ciri pergaulan bebas yang ada pada penyembahan tersebut
dan berusaha untuk mengakhirinya dengan melantik “wali (saint) cinta”, yang
akan dianugerahkan kemulian bagi mengantikan ritual kepada Lupericus. Mereka
memilih seorang bishop yang bernama Valentine yang telah dihukum bunuh pada
kurun ke 3 masihi. Hukuman yang yang terimanya adalah kerana beliau menyangah
Emperor Claudius yang mengharamkan perkahwinan kerana menganggap perkahwinan
meyebabkan orang lelaki menjadi askar yang tidak berkualiti, kerana mereka
enggan untuk meninggalkan keluarga mereka untuk ke medan perang. Valentine
telah menerima mereka untuk dikahwinkan secara rahsia, sebuah jenayah yang
mengakibatkan dia dijatuhi hukuman bunuh. Bagaimanapun sebelum dilaksanakan
hukuman tersebut dia dikatakan sempat mengirimkan ucapan selamat tinggal kepada
anak perempuan orang yang memenjarakannya yang mana dia telah jatuh cinta
kepadanya ketika dia berada di penjara. Ucapan tersebut berbunyi, “Dari
Valentine dikau”.
No comments:
Post a Comment