Rasululllah
s.a.w bersabda: ” sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang
bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak dia
akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahannam”.
Sabda
Rasulullah s.a.w lagi: “tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan
cerita”. Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.w menjawab: ” Sesungguhnya
Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, Sama ada yang
boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata. ”
Salah
seorang sahabat pun bertanya, “kenapa ikan tidak mempunyai lidah? ” Sabda
Rasulullah s.a.w: ” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s. Maka
diperintahkan sekalian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat
patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud,
maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan
rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu ke bumi. Apabila diturunkan ke
bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah
ikan.
Iblis
pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, katanya,
“Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang
ada di lautan dan juga di daratan”. Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu
ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang
Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu
dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak
sebenarnya.
Oleh
itu, marilah Kita “jaga” lidah Kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan.
Berkatalah yang baik dan benar, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah.
No comments:
Post a Comment