1. Dibelenggu para syaitan dan jin.
Apabila tiba awal malam dalam
bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat
at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Menurut Imam Abu Hanifah pula,
semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan
kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk
dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan
walau di ketika Syaitan di belenggu. Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil
peluang utuk menyucikan segalanya.
Abu Hurairah r.a. berkata,
Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah
pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian
syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)
2. Amalan sunat diberi pahala
fardhu dan fardhu diganda 70 kali.
“Daripada Salman r.a. ia berkata:
Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan
sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang
agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu
malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa
padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya)
sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan
itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala
seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu
amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang
yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi
Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan
Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan
kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan
kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan
orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan
keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan
Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)
3. Pintu neraka ditutup.
Pada bulan Ramadhan, kepanasannya
tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan
ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat
Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.
4. Dibuka semua pintu syurga.
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah
pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan
pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang
sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat
menikmatinya pada bulan ini.
5. Allah perhiaskan syurga.
Bahawa syurga
berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya
bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angin di bawah Arasy dan
bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun
kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan
seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah
di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang
yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya :
Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan, hai bidadari yang cantik manis,
inilah malam Ramadhan .
6. Dilepaskan tahanan neraka
Dalam bulan Ramadahan (di akhirat
juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda
(yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap
siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan
dikabulkan do’anya.”
7. Ramadhan ialah tetamu yang
mendatangkan keampunan Allah
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi
Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan
keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya
dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta
dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh
orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan
makanannya dan minumannya”. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“
8. Tawaran Pengampunan dosa lepas
dan akan datang (2 tahun)
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi
Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan
keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya
dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a berkata:
“Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan
tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam
di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka
diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah
bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan
dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan
datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan
keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Rasulullah bersabda “Rugilah puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.
No comments:
Post a Comment