![]() |
Assalammualaikum..
Sejak kebelakangan ni,kite selalu dgr pasal kamera yg serba canggih sama
ada di tv,surat kabar,radio,FB,blog dan mcm2 lagi la medium yg ada..yup,itu la
dia, kamera DSLR yg semakin menjadi sebutan n impian org ramai..memandangkan ia
terlalu canggih,jd harganya sudah pasti canggih juge..xmaen la below
rm1000..beriban² gak la kalo nak dpt yg terrrrrrcanggeh..tu xkira
tambahan accessoriesnye lagi..haisshh..modal yg sgt besau tu...
Oleh kerana modal yg besau,maka timbul la keinginan untuk membuat bisnes
menggunakan pelaburan ini..ye la..beli kamera riban2..nak upgrade lg..mane la
nak ade duit byk2..so,bercita² la nak menjadi fotografer..amek tempahan untuk
tgkp gmbar mjlis,gmbr iklan,gmbar pengantin,gambar couple,gmbar model dan mcm²
la..dgn bayaran yg setimpal dgn modal yg dilaburkan..sbbnye,nanti ade
untung,buley la pusing balek duit tu n upgrade kamera ke tahap lebih canggih...
Disebabkan hal ni,maka timbullah satu persoalan iaitu mencari rezki dgn
mengambil gmbar org mmbuka aurat..dan kite fokuskan kepada pengantin la sbb
biase org kawen ni mmg cari fotografer utk amek gmbar diorg..APAKAH HUKUMNYA??
Sy ada jmpe jawapan kepada persoalan ni dalam satu sesi soal jawab..jadi sy
rase nak share la ngan anda semua sebagai satu penyebaran ilmu dan pengetahuan
yg baek untuk kite kongsikan bersama...
Assalamualaikum,
Saya membuat pekerjaan mejadi jurugambar perkahwinan separuh masa. Dalam
proses itu ada terdapat pengantin perempuan yg tidak memakai tudung/mendedahkan
aurat rambutnya semasa proses bersolek oleh mak andam. Pengantin
berkehendakkan saya mengambil gambar gambar nya disolek oleh mak andam.
Kemudian selepas pengantin siap bersolek, dia akan memakai tudung penuh menutup
aurat untuk upacara akad nikahnya dan perkahwinannya.
1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yg sedang
disolekkan yg tidak menutup rambut kerana dia diminta oleh pengantin perempuan?
~~Reply: wsm Hukum alat atTasweer (fotografi) adalah mubah di sisi jumhur
(Dr Qardhawi dalam Halal dan Haram, Syaikh alBukhit, Mantan Mufti Mesir
(aljawab asSyaafi), manakala Haram di sisi haiah Kibr ulama' Arab Saudi dan
Imam alMuhaddith alAlbani rh dari Syria. Mengikut Dr alQardhawi, walaupun
fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada Objek fotografi atau
objek yg di ambil oleh fotografi itu. Jika gambar yg diambil adalah gambar
bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. begitu juga gambar
perempuan yg membuka auratnya. Hukum yg kedua: hukum melihat awrat perempuan
tanpa keperluan yg dharurat (spt perubatan bg seorang doktor), maka hukumnya
adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar2 perempuan yg mendedahkan aurat
adalah haram hukumnya. permintaan pelanggan bukanlah alasan utk mengharuskan yg
haram.
2) Apakah rezeki yg saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang
disolekkan ini halal?
~~Reply: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqih: al hukum bil
wasilah hukmu bil maqosyid (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia
datang dari kaedah fiqih: Ma haruma isti'maaluh, haruma ittikhaazuh (yg haram
penggunaannya, haram pula memperolehnya) (Muhamamd alZarqa', syarah qawaid/389)
3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar gambar pengantin perempuan yg
menutup aurat penuh? Adakah rezeki yg diterima itu halal?
~~Reply: Halal. Ia kembali kpd hukum asal fotografi adalah harus dan
harus pula rezki dari foto2 yg halal
4)Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yg tidak
menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya?
Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yg diambil pengantin wanita yg menutup
aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yg
tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan
membeli kamera/filem baru). COntohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan
ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60
(60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu
kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40
utk membeli filem/lensa etc)
~~Reply: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang
Islam sebelum ini khususnya di zaman salaf assoleh. Mereka berpegang teguh dgn
hadis asySyarif, Hadis no 6 dalam Matn arba'een anNawawiyah (Matan hadis 40
Imam syarf anNawawi) dari Nu'man bin Bashir yg dikeluarkan oleh Dua Sahih
Bukhari-Muslim," " Sesungguhnya yg Halal itu jelas, yg haram itu
jelas dan di antara kedua-nya banyak perkara syubhah (samar2) yg kebanyakan
manusia tidak mengetahuinya." Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat
perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram. ini
kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yg syubhah. Lagipun
dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat toleran kepada yg haram dan
syubhah. Dia hanya mengutamakan Halal bayyin dalam semua urusan hidupnya.
Dalilnya: "Allah sekali-kali tidak menjadikan bg seseorang dua buah hati
dalam rongganya." AQ 33:04 Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu
buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yg halal sahaja dan menjauhi syubhah
apatah lagi yg haram dalam urusan hidupnya. Bagaimana solusinya: Anda hendaklah
ada rakan kongsi perempuan atau mungkin isteri anda sendiri yg ditugaskan
mengambil gambar2 belakang tabir itu.
sekian....
* Islam tu mudah tapi jgn ambil mudah pasal Islam
* mencari yg halal itu wajib bagi umat Islam
No comments:
Post a Comment