Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang
(terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai
kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian
orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan
tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap
kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah
sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku ‘Valentine Day, Natal,
Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?’ (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)
Sejarah April
Fool
Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan
kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang
sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu
episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H.
Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol
dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.
Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh
Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur
secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun
terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis.
Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux,
Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam
masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat
yang terletak di pergunungan.
Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap
para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang
Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol
bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan
secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku
berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul
bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu
berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di
sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari
Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi
selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan
umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan
Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka
dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.
Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim
alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik
diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari
berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang
kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam
Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai
pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan
kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai,
tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya
dibantai dengan sadis dan kejam.
Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada
adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga
disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan
diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.
Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah
ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib
mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah.
Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim
Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari
Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang
akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan.
Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini
maka kami tidak lagi memberikan jaminan!†demikian bujuk tentera Salib.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini.
Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang
sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang
sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada
bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada
yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang
keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak
mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya.
Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera
Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api
terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar
rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Manakala ribuan umat Islam yang berada di
pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang
dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan
cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali
tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan
anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan
pedang yang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan
tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas
kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus
membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis
dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah
berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1
April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal
1 April sebagai “The Aprils Fool Dayâ€.
Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi
yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan
dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat
tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab
dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira
dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan
April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan
beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa
abad silam.
April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat
Islam, Tidak Layak Dirayakan
Umat Islam sangat tidak boleh merayakan “The April
Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati
peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.
Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim
dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang
“latah†dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan
asal muasal peristiwa tersebutâ€
Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan
atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara
Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487
Masihi.
Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan
Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah
Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada
sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.
Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu
dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di
pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan
umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa
sebarang persenjataan mereka.
Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di
pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum
muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.
Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji
tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool
Day.”
Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The
April Fool Day†itu dipopulerkan dengan
“ritual†yang mempersendakan, menipu dan
memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.
“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang
dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.
No comments:
Post a Comment