“Sayang,
tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat
hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini
pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas
Nabil.
Mereka
sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang
masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi,
yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
” Ala ,
awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia
rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa
yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih.
Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam
lingkungan 40-an.
“Oh,
kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih
Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh.
Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa..
aa.. lama dah saya tak baca, pakcik” teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah
di sebelah rak yang lain.
“Kalau
gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu
bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah,
pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la”
tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh,
baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik.
Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
” Ala ,
besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat
bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan
lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk
je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil
kelihatan serba salah.. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang
muncul secara tiba-tiba.
Hari
yang dinantikan sudah tiba.. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah
buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak
sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum
semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil
bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin
tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut
bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah
putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah
pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak..
Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga
terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh,
sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat
mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang
ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh
ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil
menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh
membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss..
su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari
tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh,
ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil
menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah
nabi.
Surah
Ar Rad
Surah
Ar Ra’d
“Apa
benda nih” detik hati Nabil.
“Bismillahirrahmaani
rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.
Kelihatan
gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan
gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng
kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin
berpura-pura ke tandas.
“Baru
ustaz tahu ada kalimah almari di dalam Al-Quran. Adik Nabil, cara bacanya
seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim. . Bismillahirrahmanirrahim..
ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai
kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Qurannya.
Nabil
berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“Nabil,
kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah
dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti
ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di
tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim”
tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.
“Tinggi
mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu
kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya
tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat.
Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab
petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri.
Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari,
membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun
dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..”
penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari
semakin cepat berlalu.
Nabil
sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran
pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit..
Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan
lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum di
sisi suaminya, Nabil.
Dalam
sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:
“Sesungguhnya
yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan
ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong.” (An-Nahl ayat 105)
“Barang
siapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia
mengambil tempatnya dari Neraka.”(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)
No comments:
Post a Comment