Wanita
itu telah diciptakan oleh Allah SWT dengan pelbagai keistimewaan dan keunikan
yang tiada pada seseorang lelaki di muka bumi ini. Allah SWT telah meletakkan
perbezaan sifat, perasaan dan fizikal antara seorang lelaki dengan seorang
wanita amatlah berbeza. Wanita telah dicipta dengan mempunyai rahim dalam tubuh
badan di mana kehebatannya membuatkan seorang wanita itu boleh mengandung dan
melahirkan bayi melalui organ peranakan itu. Dengan rahim itulah, seseorang
wanita mendapat keuntungan sepanjang kehidupannya berbanding lelaki.
Antara
kelebihan yang telah Allah SWT gariskan dalam Islam ialah, wanita telah bekerja
untuk Allah dengan menjadi ‘kilang manusia’. Tiap-tiap bulan wanita telah
diberi cuti ‘bergaji penuh’ iaitu antara tujuh hingga 15 hari dalam sebulan
yang meletakkan dirinya tidak wajib untuk menyembah Allah SWT dan dianggap
waktu itu solatnya adalah terbaik buat dirinya.
Selain
itu, wanita juga mendapat kelebihan cuti bersalin selama 60 hari di mana cuti
itu bukanlah cuti yang dibuat-buat. Sebaliknya, cuti yang telah Allah SWT
berikan selepas sembilan bulan ‘bekerja’ dengan Allah SWT. Berbeza dengan kaum
adam, mereka tidak diberi cuti solat dan hukum menunaikan solat itu wajib bagi
dirinya semenjak baligh hinggalah ke akhir hujung nyawa.
Allah
SWT juga telah memberikan berita gembira kepada kaum hawa sepanjang dia
mengandung, Allah SWT sentiasa mengampunkan dosa-dosanya dan terhapuslah segala
dosa ketika dia bertarung nyawa melahirkan anak. Malah, sekiranya wanita itu
meninggal sewaktu bersalin, dirinya dianggap mati syahid dan terus ditempatkan
ke dalam syurga oleh Allah SWT.
Bagi
wanita yang telah bersuami, si isteri akan mendapat ganjaran pahala di atas
segala kebaikan yang dilakukan oleh suaminya tetapi tidak menanggung dosa-dosa
yang suami lakukan. Malah, ketika di akhirat nanti, wanita solehah pasti akan
terkejut apabila mendapat ganjaran pahala yang berlebihan hasil dari kebaikan
yang dilakukan suaminya ketika hidup di dunia dan segala pahala itulah yang
dapat membantu suaminya ketika sedang meniti titian Siratulmustaqim untuk
menuju masuk ke syurga.
Manakala,
suami pula tidak akan pernah terlepas dari tugas-tugas berat untuk mendidik
isteri dan anak-anak dari melakukan sebarang dosa kerana di akhirat kelak,
suamilah yang akan bertanggung jawab di atas segala kejahatan yang dilakukan
oleh isteri dan anak-anak. Oleh itu, setiap wanita haruslah menjaga kehormatan
diri dan sentiasa taat kepada suami agar sama-sama tidak melakukan
perkara-perkara yang ditegah dalam syariat Islam.
Dijadikan
wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk ‘diluruskan’ oleh lelaki.
Tetapi, seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang
bengkok boleh menghasilkan bayang yang lurus. Luruskan wanita itu dengan jalan
yang ditunjuk oleh Allah SWT kerana sememangnya mereka diciptakan sebegitu
rupa. Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki menjadi huru hara.
Lelaki pula, janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata, tapi binalah
kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadaNya.
No comments:
Post a Comment