Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu
tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air
mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk
terus tabah mencintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak
mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil
berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka
jarang berantem. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada
seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah
bermaksud untuk membuat anda risih, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan
lebih dekat.
Andain lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mau kamu berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu
menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan
kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan
masih mengangap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati
kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang
terbaik untuk kamu .
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia
melebay-lebay. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang atau hadiah, tetapi cukup
dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai
sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa
tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia
benar-benar maksudkannya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan bilang lelaki lain itu lebih
baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mau menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia
denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih
baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi tengking, dia bukan
bermaksud untuk menjadi tengking, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu
mampu bersabar dengan sikanya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan
saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu
menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah
dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda.
Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah
yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri
anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan
itu dengan perbedaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan
oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun
sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang
bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah
kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana
dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan
untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang
bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak²
anda.
No comments:
Post a Comment